Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.
Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh para kepimpinan dan warganya dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini juga, turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata, tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya di kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Pelaksanaan IBR
- Ikrar oleh individu
- Disaksikan oleh SPRM
- Lafaz ikrar agar tidak sesekali terlibat dengan perbuatan rasuah
- Dokumen ikrar ditandatangan
Signifikan Perlaksanaan IBR
1. Menjadi amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah:2. Jaminan pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah:
3. Penzahiran akujanji kepada komitmen individu dalam pembanterasan rasuah:
4. Sebagai bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.
No comments:
Post a Comment