Friday, March 17, 2017

Bagaimana nak lapor rasuah kepada SPRM tanpa perlu diketahui siapa pemberi maklumat tersebut.


Ramai rakyat Malaysia sebenarnya secara tidak langsung telah menjadi saksi kepada jenayah rasuah tetapi takut untuk melaporkan kepada SPRM. Mereka kuatir sekiranya laporan kepda SPRM dibuat mereka akan dibuang kerja, tak dapat projek, dipulaukan, dianggap tali barut SPRM atau manusia busy body yang dengki dengan kejayaan orang lain.

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh laporkan rasuah tanpa perlu melibatkan diri secara langsung dengan kes tersebut dan tanpa diketahui siapa memberi maklumat yang sebenarnya.

A. Melalui pegawai SPRM

Kaedahnya adalah anda hanya perlu;

1. Mendapatkan no. tel mana-mana pegawai SPRM dan mohon untuk berjumpa ditempat yang privacy atau berlakon kononnya anda berjumpa dengan kawan lama di mana-mana restoran. 

2. Semasa berjumpa dapatkan pengesahan dengan meminta pegawai tersebut menunjukkan kad kuasa mereka supaya anda tidak tertipu sebab sekarang ni ramai yang menyamar sebagai pegawai SPRM (glamor katanya....). Kad kuasa tu ada nama, jawatan, no. k/p dan no. siri. (pastikan anda semak semua tu).

3. Kalau dan pasti ha.. masa inilah anda ceritakan semua maklumat jenayah rasuah yang anda tahu dan jika ada dokumen sokongan boleh fotocopy dan bagi pada pegawai tersebut.

4. Lepas tu anda kena maklumkan kepada pegawai tu bahawa anda hanya ingin menjadi sumber pemberi maklumat kepada pegawai tu sahaja dan mohon detail anda dirahsiakan semasa pagawai tersebut menyediakan report maklumat anda. Pastikan pegawai tersebut seorang sahaja yang tahu detail dan no. tel anda.

5. Tu sahaja... tetapi katakanlah maklumat anda itu terbukti ada jenayah rasuah.. so masa pegawai SPRM datang buat siasatan kat tempat anda, jangan panik pulak.. buat macam biasa seolah-olah anda terkejut SPRM datang siasat.. sebab pada masa tu pegawai SPRM akan merekod percakapan semua saksi-saksi yang terlibat secara langsung dengan jenayah rasuah yang berlaku. (Contohnya kes dokumen, dari kerani yang menyediakan dokumen tersebut sehinggalah bos yang menandatangani dokumen tersebut akan dirakam percakapan). So janganlah pulak buat muka cuak atau bangga sehingga menimbulkan keraguan rakan anda yang lain bahawa anda yang bagi maklumat tu..

B. Surat layang.

Surat layang ni senang.. anda hanya perlu tuliskan maklumat rasuah itu dalam bentuk surat dan postkan pada;

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Peti Surat 6000
Putrajaya

@

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Peti Surat 6000
Negeri Sembilan / Melaka/ Pahang @ mana-mana SPRM negeri yang terdekat dengan anda

Tetapi, surat layang ni, selalunya maklumat tak detail malah menyusahkan SPRM sebab tak tinggalkan no. tel memberi maklumat.  Ini kerana dalam pembuktian jenayah rasuah banyak perkara yang perlu diteliti sebelum kita nak menuduh seseorang tu terlibat rasuah. 'hear say' atau dengar dari mulut orang lain tu tak mau yer... jangan main tuduh-tuduh jer... yang ni mungkin ada sikit dengki selalunya.... Kalau macam tu nasihatkan orang tu sendiri yang buat laporan..

C. Datang sendiri ke pejabat SPRM

Yang ni selalunya orang awam akan elak (kecuali ahli politik atau NGOs yang nak glamor... dia orang siap panggil media coverage...). 

Tapi kelebihan datang sendiri ke Pejabat SPRM ini adalah pemberi maklumat akan berurusan terus dengan pegawai yang bertugas dan akan dinasihati apakah maklumat tambahan yang diperlukan bagi menguatkan kes yang ingin dilaporkan. Pegawai SPRM juga boleh berurusan terus dengan anda sekiranya terdapat maklumat tambahan yang diperlukan semasa siasatan dijalankan. 

Walau bagaimanapun, nama dan detail anda akan tercatat dalam borang tersebut sebagai pemberi maklumat.



So, anda boleh pilih A, B atau C. Sila fikirkan kaedah yang paling terbaik untuk anda dan kepada pegawai SPRM.

No comments:

Post a Comment

ZAHIR KEMBALI KE SPRM UNTUK HARI KEDUA, SHAHRIR HADIR MEMBANTU SIASATAN KES 1MDB

Datuk Seri Zahir dilihat memasuki perkarangan lobi SPRM bagi menyambung rakaman percakapan berkaitan 1MDB pada hari ini. Hari ini adala...