Monday, February 20, 2017

KENAPA SPRM TIADA KUASA MENDAKWA



Kenapa SPRM tiada kuasa mendakwa, kerana Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada peguam negara.

Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan;

"Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera"



Secara asasnya pentadbiran kerajaan Malaysia adalah seperti rajah dibawah.


Rajah di atas menunjukkan dalam sistem pentadbiran Malaysia, bidang kuasa kerajaan yang dibahagi kepada tiga bahagian. 

Bahagian pertama adalah pengubal undang-undang, pengubal undang-undang ini terdiri daripda ahli dewan rakyat dan dewan negara. Bahagian kedua adalah kuasa eksekutif iaitu pentadbiran kerajaan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang hanya mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes-kes rasuah. Manakala bahagian ketiga iaitu kuasa kehakiman. Kuasa kehakiman bertindak sebagai pihak pendakwaan bagi semua kes-kes yang setelah diteliti dan berpuashati dengan pembuktian untuk didakwa dimahkamah. 

Di sinilah Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memainkan peranan mereka di mahkamah. Bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhenti disini dan TPR meneruskan tindakan selanjutnya.

Justeru itu, semoga semua rakyat Malaysia faham kenapa SPRM tak buat pendakwaan ke atas kes-kes yang telah selesai siasatan.


No comments:

Post a Comment

ZAHIR KEMBALI KE SPRM UNTUK HARI KEDUA, SHAHRIR HADIR MEMBANTU SIASATAN KES 1MDB

Datuk Seri Zahir dilihat memasuki perkarangan lobi SPRM bagi menyambung rakaman percakapan berkaitan 1MDB pada hari ini. Hari ini adala...