S 62 ASPRM
62. Apabila penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan telah dilakukan menurut seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh hendaklah, sebelum memulakan perbicaraan, menyerahkan dokumen yang berikut kepada pihak pendakwaan:
(a) suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya; dan
(b) suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.
Berdasarkan kepada seksyen 62 ASPRM ini, pihak pembelaan perlu mengemukakan salinan dokumen pembelaan kepada pihak pendakwaana. Manakala pihak pendakwaan pula perlu menyerahkan sesalinan dokumen pendakwaan sebelum memulakan perbicaraan kepada pihak pembelaan mengikut seksyen 51A KTJ.
Jadi dimana wujudnya diskriminasi. Jika pihak pembelaan boleh mendapat sesalinan dokumen pendakwaan, adakah salah pihak pendakwaan untuk mendapatkan sesalinan dokumen pembelaan?
Bila melibatkan diri sendiri ramai yang mula berfikiran kreatif dengan menyatakan itu salah, ini salah, sana salah, semualah salah..senang cakap.... hanya pihak dia saja yang betul.
Bukan mengkritik tetapi mempertikaikan kenapa selalunya pihak pendakwaan dilihat bersalah sedangkan sebelum sesuatu kes dibawah ke mahkamah pelbagai perkara perlu dibuktikan dan diteliti sehinggalah pihak pendakwaan berpuashati dengan hasil siasatan tersebut.
Di Malaysia sebaliknya berlaku, pihak pembelaan dipuja-puja seolah-oleh teraniaya, manakala pihak pendakwaan dicemuh.
Pencegah kemungkaran dihina, mencipta kemungkaran dijulang, inilah dunia masa kini. Semoga masyarakat Malaysia bijak menilai demi menjamin kesejahteraan negara.
No comments:
Post a Comment