Menabung dari kecil mampu simpan wang jutaan ringgit. Adakah benar dakwaan ini atau sekadar untuk menutup kesalahan yang dibuat oleh mereka yang bertuhankan dunia.
"18 Jan, disyaki salahguna kuasa untuk meminta rasuah bernilai 3 juta oleh seorang jurutera kanan awam di kedah, 19 Jan, Empat pengurusan felda dan seorang bergelar dato' ditahan dan direman kerana dipercayai menyalahguna kedudukan bagi projek penternakan ikan stargeon bernilai 47.6 juta. 31 Jan, bekas setiausahan dan bekas akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara ditahan dan direman dipercayai menyeleweng kira-kira 1.5 juta daripada badan tersebut."
Ini antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa mereka ini begitu rakus menyalahgunakan duit rakyat yang diperuntukkan untuk kebaikkan rakyat. Golongan ini merompak secara terang-terangan tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Kredit perlu diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas bongkaran yang dilakukan pada golongan-golongan cerdik pandai kelentong ini. Rentetan daripada penahanan dan pertuduhan yang dilakukan sepanjang bulan Januari 2017 ini, SPRM dibawah pimpinan Datuk Dzulkifli, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilihat begitu komited dan agresif membenteras jenayah rasuah. Kenyataan Datuk Dzul iaitu 'tunggu' dilihat sebagai amaran kepada perasuah-perasuah agar menghentikan aktiviti-aktiviti mereka dan mereka juga tidak akan terlepas atas kesalahan lampau yang telah dilakukan.
Kredit juga perlu diberikan kepada 'silent informer' yang berani tampil untuk mendedahkan maklumat berkaitan rasuah ini kepada SPRM. Sokongan golongan ini amat penting bagi memastikan SPRM dapat bertindak dengan lebih efisyen.
No comments:
Post a Comment