Tuesday, March 14, 2017

13 penguat kuasa lindungi rumah urut direman tujuh hari





Mereka diberi kuasa dan tanggungjawab untuk melindungi kepentingan rakyat tetapi merekalah juga yang mengkhianati perjanjian itu sehingga menyusahkan kehidupan rakyat.

Inilah realiti yang terpaksa rakyat telan saban hari. Rakyat terpaksa menghadap kehidupan yang di anak tirikan sendiri oleh pihak berkuasa yang sepatutnya menjaga kepentingan mereka. 

Adakah wajar perkara ini berterusan. Namun apakah jalan penyelesaian yang paling berkesan?. Adakah tanggungjawab ini dibebankan sepenuhnya kepada SPRM?. 

Jalan penyelesaian yang paling berkesan adalah kembali kepada pegangan agama masing-masing. Muhasabah diri dan beristiqamah. Setiap dalam diri manusia perlu ada sifat amanah dan bertanggungjawab atau dalam bahasa modennya berintegriti.

Semoga Malaysia kembali aman. Itulah harapan kami rakyat Malaysia.







SHAH ALAM 14 Mac - Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan 13 penguat kuasa ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung aktiviti rasuah dengan melindungi kegiatan pusat urut di Selangor.

Perintah reman bermula hari itu dikeluarkan oleh Majistret, Siti Shakirah Mohtaruddin, terhadap lapan polis termasuk dua berpangkat Inspektor, empat anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berumur antara 26 hingga 53 tahun.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah dengan menaiki bas kenderaan milik SPRM kira-kira pukul 10.05 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna oren dan t-shirt.

Kesemua suspek ditahan serentak kira-kira pukul 9 pagi semalam oleh SPRM di tiga lokasi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.

Menurut sumber, hasil maklumat dan risikan selama hampir tiga bulan lalu oleh SPRM mendapati kesemua suspek telah menerima wang rasuah RM300 hingga RM10,00 secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor.



http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/13-penguat-kuasa-lindungi-rumah-urut-direman-tujuh-hari-1.456850#ixzz4bHLvMvLd

No comments:

Post a Comment

ZAHIR KEMBALI KE SPRM UNTUK HARI KEDUA, SHAHRIR HADIR MEMBANTU SIASATAN KES 1MDB

Datuk Seri Zahir dilihat memasuki perkarangan lobi SPRM bagi menyambung rakaman percakapan berkaitan 1MDB pada hari ini. Hari ini adala...