Jumlah tangkapan mengikut kategori
Penjawat awam | Orang awam | |
Ogos-16 | 29 | 52 |
Sept-16 | 62 | 34 |
Okt-16 | 43 | 27 |
Nov-16 | 18 | 44 |
Dis-16 | 14 | 20 |
Jan-17 | 36 | 22 |
Feb-17 | 41 | 63 |
Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan daripada SPRM berhubung kes-kes rasuah yang melibatkan penjawat awam.
Kategori penjawat awam ini merangkumi pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan.
Kategori penjawat awam ini merangkumi pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan.
Data yang diringkaskan di atas menunjukkan statistik tangkapan SPRM mulai Ogos 2016 sehingga Februari 2017 iaitu sama dengan tempoh peralihan kuasa oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.
Berdasarkan kepada data di atas, corak tangkapan kes rasuah melibatkan penjawat awam tidaklah terlalu berbeza. Ini kerana tangkapan tertinggi penjawat awam adalah sebanyak 62 orang pada bulan September 2016 dan 63 orang melibatkan tangkapan terhadap orang awam pada bulan Februari 2017.
Walau bagaimanapun data menunjukkan ada peningkatan tangkapan melibatkan penjawat awam pada bulan Februari tahun 2017 serta peningkatan yang ketara tangkapan terhadap orang awam.
Pada pandangan saya rasuah di Malaysia sebenarnya adalah sama seperti tahun-tahun yang lepas tetapi disebabkan tindakan agresif SPRM baru-baru ini telah menjadikan corak statistik tangkapan SPRM menarik perhatian pelbagai pihak.
Kami rakyat secara ikhlasnya berharap SPRM terus bertindak agresif sehingga statistik tangkapan ini terus menurun dan bukannya meningkat. Peningkatan tangkapan walaupun selepas tindakan agresif SPRM sebenarnya bakal menunjukkan bahawa rasuah di Malaysia berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Justeru itu, penjawat awam hendaklah serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka haruslah bersikap amanah dengan kuasa yang diberikan..
Justeru itu, penjawat awam hendaklah serius dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka haruslah bersikap amanah dengan kuasa yang diberikan..
No comments:
Post a Comment