Setiap minggu sejak Januari 2017, Malaysia dijamukan dengan berita tangkapan kes-kes rasuah melibatkan individu yang berpangkat paling tinggi sehinggalah pangkat rendah.
Trend rasuah di Malaysia pada kebelakangan ini melihat rasuah dilakukan oleh individu yang berada pada peringkat umur antara 50 tahun sehingga 60 tahun iaitu tempoh sebelum berpencen serta individu yang mempunyai kuasa dan kedudukan. Mungkin mereka ini mengumpul habuah berpencen dan merasakan tidak cukup pencen bulanan yang bakal diterima.
Namun pada hakikatnya mereka adalah golongan hipokrit yang suka hidup bermewah-mewah melebihi pendapatan mereka. Mereka hidup penuh riak, takbur dan bermegah dengan harta yang dikumpul secara yang salah.
Secara teorinya, seseorang yang bekerja dengan orang lain tidak akan menjadi kaya raya melainkan mereka menceburi dunia perniagaan dan dapat menghasilkan keuntungan jutaan ringgit.
Adakah trend ini boleh dikaitkan dengan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil sehingga memaksa perasuah-perasuah ini melakukan kerja-kerja yang menjijikkan ini. Kestabilan ekonomi negara pada dasarnya telah menyebabkan kos taraf hidup semakin meningkat berbanding pendapatan isi rumah yang mendatar. Hal ini boleh menjadi penyebab kepada pelbagai musibah dan gejala rasuah di Malaysia.
No comments:
Post a Comment