Wednesday, July 12, 2017

RASUAH: Suspek kes salah guna kuasa di Misdec direman tujuh hari



MELAKA 12 Julai - Bekas Pengurus Eksekutif serta Pengurus Unit Pentadbiran dan Kewangan di Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (Misdec) direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dalam salah guna kuasa dengan melulus dan memindahkan wang bernilai RM4 juta milik syarikat itu ke akaun syarikat milik mereka berdua.
Kedua-dua suspek yang berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga tiba di perkarangan Kompleks Makhamah Ayer Keroh di sini pada pukul 11.10 pagi sambil diiringi pegawai suruhanjaya berkenaan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd. Anuar Ostadi terhadap suspek yang masing-masing berusia 76 tahun dan 43 tahun terbabit.
Kedua-dua suspek ditahan semalam kerana disyaki melakukan kesalahan tersebut sejak tahun 2014 hingga tahun 2015. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-suspek-kes-salah-guna-kuasa-di-misdec-direman-tujuh-hari-1.501971#ixzz4mbuH1zNb
© Utusan Melayu (M) Bhd 


REMAN

RASUAH: YDP DPMM Perak didakwa menipu

RABU, 12 JULAI 2017 @ 1:14 PM Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my 



SABRI (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana memperdaya seorang individu sebanyak RM150,000 di Perak. - Foto Muhaizan Yahya IPOH: Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Perak, Sabri Ahmad Tah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana memperdaya seorang individu sebanyak RM150,000 di Perak. Ia membabitkan projek pembangunan tanah dan pasir di Kampar dengan keluasan kira-kira 108 hektar, empat tahun lalu. Beliau dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda. 

Sabri didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Maybank Cawangan Teluk Intan, di Medan Mahkota Jalan Ah Cheong, Teluk Intan antara jam 10 pagi hingga 2 petang pada 25 Julai 2014. Dia dituduh menipu Datuk Allan Chuah Chin Lai untuk mempercayai bahawa kononnya Chin Lai akan mendapatkan projek tanah seluas 108.4 hektar (268 ekar) di Kampar dan projek kawasan pasir untuk dibekalkan kepada pembangunan bangunan kerajaan di bawah NAZA TTDI kepada DPMM Perak dan Semarak Sinergi Sdn Bhd. Sabri dituduh dengan curangnya mendorong individu berkenaan menyerahkan tiga cek berjumlah RM150,000 yang ditunaikan Baharuddin Ahmad bagi pihaknya, yang mana wang berkenaan tidak akan diserahkan sekiranya individu berkenaan tidak diperdayakan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaluddin di hadapan Hakim S Indra Nehru manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu dan Olinda Nicholas. 

Sabri mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan. Indra Nehru kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua orang penjamin dan memerintahkan Sabri melaporkan diri di mana-mana pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali sebagai syarat tambahan. Mahkamah turut menetapkan 8 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan serahan dokumen dibuat kedua-dua pihak.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/301383

RASUAH: Subahat dengan isteri raih projek di pusat pertanian

RABU, 12 JULAI 2017 @ 1:36 PM 

Subahat dengan isteri raih projek di pusat pertanian Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@bh.com.my 


TERTUDUH (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban oleh SPRM untuk mendapatkan perintah reman. - Foto Hazreen Mohamad SEREMBAN: Seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini, kerana dipercayai bersubahat dengan isterinya untuk mendapatkan projek penyelenggaraan bernilai RM30,000 di sebuah pusat pertanian di sini. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Rahimah Rahim, membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap lelaki berusia 31 tahun itu bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen Akta SPRM 2009. Lelaki itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM di sini, bagi memberi keterangan jam 4.13 petang semalam. Suspek disyaki bersubahat dengan isterinya untuk mendapatkan projek menyelenggara sistem pengairan bernilai RM10,100 dan menyelenggara nurseri bernilai RM19,900 di pusat pertanian itu. Isterinya yang bekerja sebagai penolong pegawai pertanian di pusat pertanian di Sendayan, ditahan oleh SPRM Jumaat lalu, bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa dengan melantik syarikat suaminya menyelenggara projek itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/301393

Monday, July 10, 2017

Tiga negeri masih belum tandatangan ikrar IBR bersama SPRM

KUALA LUMPUR 10 Julai - Sebanyak tiga kerajaan negeri masih belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dilancarkan pada Mei lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, tiga negeri terbabit melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan meskipun banyak kementerian dan agensi kerajaan berlumba-lumba menyatakan ikrar masing-masing.
“Program ini adalah bersifat sukarela dan bagi menbendung kegiatan rasuah, pihak kerajaan negeri perlulah menjadi contoh kepada semua peringkat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) di Lobi Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC), Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/tiga-negeri-masih-belum-tandatangan-ikrar-ibr-bersama-sprm-1.501202#ixzz4mUqaU7Ed
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Datuk Dzulkifli Ahmad

Datuk Dzulkifli Ahmad
Ketua Pesuruhjaya SPRM

Lagi siasatan terhadap FELDA

SPRM Buka Kertas Siasatan Baharu Felda

Diterbitkan: Isnin, 10 Julai 2017 4:28 PM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2016/11/08/18/19/dzulkifli.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  akan membuka satu kertas siasatan baharu terhadap  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) , kata Ketua Pesuruhjaya  SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Katanya tindakan itu dibuat setelah SPRM menerima maklumat baharu mengenai satu isu yang melibatkan Felda.  “Saya telah mengarahkan satu kertas siasatan dibuka dan kita akan keluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat,”  katanya pada sidang media ketika menghadiri program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) di Hospital Kuala Lumpur, di sini, Isnin.
Dzulkifli bagaimanapun memaklumkan siasatan membabitkan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) masih diteruskan.
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila bekas pengerusi Tan Sri Isa Samad  dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim untuk bercuti 6 Jun lepas.
Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu sebelum melantik Ketua Pengarah di Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV menggantikan Isa yang meletak jawatan Sementara itu, dalam isu lain, Dzulkifli berkata hanya kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan belum melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan  suruhanjaya  berkenaan pada awal tahun ini.
Katanya, IBR menunjukkan komitmen dan keprihatinan kesemua negeri di negara ini untuk memastikan pentadbiran di negeri masing-masing bebas rasuah dan salah guna kuasa.
"Kita tidak mahu orang cakap berdegar-degar tolak rasuah dan suruh SPRM ambil tindakan, kerajaan negeri juga perlu mainkan peranan tunjukkan komitmen dan kesungguhan dengan isu-isu rasuah.
Program ini bersifat sukarela dan kita tunggu jemputan daripada negeri-negeri ini untuk  menunjukkan  komitmen mereka bebas rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.
Mengulas mengenai Gerah, Dzulkifli berkata program yang dilaksanakan sejak tiga bulan  lepas  itu menunjukkan kesan positif apabila terdapat peningkatan jumlah laporan yang diterima oleh suruhanjaya berkenaan daripada orang awam. -- Bernama

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/10/sprm-siasat-felda/#bStHtFUIUgGsRuH2.99

YANG Dipertua Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Perak Sabri Ahmad Tah, 47, direman dua hari

Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

YANG Dipertua Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Perak Sabri Ahmad Tah, 47, direman dua hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek memajukan tanah di di Perak serta pembekalan bahan binaan pada 2014.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majisret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Suspek ditahan di Ibu Pejabat Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 petang semalam.
Lelaki terbabit yang juga pengarah syarikat diburu selepas dipercayai terbabit dalam rasuah dengan nilai lebih RM200,000 sebagai upah membantu memperoleh projek yang dikatakan milik kerajaan negeri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga pada 9.10 pagi dengan tangan bergari.
Dia turut diiringi dua pegawai SPRM.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 10:57 AM

4 KESALAHAN RASUAH MENURUT AKTA SPRM 2009


AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH 2009 (ASPRM 2009)

Secara ringkasnya untuk pemahaman rakyat malaysia, dalam ASPRM 2009 terdapat empat kesalahan rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya ini iaitu


  1. Meminta dan menerima rasuah
  2. Menawar dan memberi rasuah
  3. Membuat tuntutan palsu
  4. Menggunakan kedudukan/jawatan untuk suapan

1. Meminta dan menerima rasuah


  • Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009
  • Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009
  • Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009


Menurut Akta SPRM 2009;
Mana-mana orang meminta/menerima suapan (rasuah) sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

Ilustrasi 1
Seorang setiausaha politik kepada seorang menteri menerima komisen (2% harga projek) daripada kontraktor, sebagai balasan membant bagi mendapatkan sesuatu projek kementerian terbabit.



Thursday, July 6, 2017

SPRM janji tangkap 'ikan jerung'

SPRM janji tangkap 'ikan jerung'
   
SPRM janji tangkap 'ikan jerung'
Gambar hiasan
    SPRM akan terus tangkap 'ikan jerung'! Demikian ditegaskan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin ketika menafikan dakwaan kononnya hanya 'ikan bilis' yang menjadi sasaran mereka selama ini.

    Sebagai bukti, kata Shamshun, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, SPRM berjaya menahan 501 orang dan daripada jumlah itu, 223 orang terdiri daripada kakitangan awam.
    "Daripada sejumlah kakitangan awam yang ditahan ini, 12 orang daripadanya adalah pegawai-pegawai tinggi agensi kerajaan terutama membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

    "Antara kes besar sehingga dibawa ke muka pengadilan ialah membabitkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman," katanya ketika ditemu bual oleh China Press.
    Menurutnya, bermula Januari hingga Jun tahun ini juga, 232 orang telah didakwa di mahkamah, manakala 113 orang bersabit kesalahan.

    "Pada Mei tahun ini mencatatkan jumlah penangkapan paling tinggi iaitu 108 orang dan jumlah yang didakwa ke mahkamah pula seramai 71 orang.
    "Sementara jumlah membabitkan kesalahan paling tinggi ialah pada Januari tahun ini iaitu seramai 34 orang," katanya.

    Beliau berkata, sekiranya mengikut jumlah penangkapan pada separuh pertama tahun ini, SPRM menjangkakan memecahkan rekod tertinggi dari segi jumlah tangkapan iaitu melebihi 1,000 orang sepanjang tahun ini.
    "Rekod tangkapan tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 2010 iaitu seramai 944 orang," katanya.

    Beliau menjelaskan, sekalipun jumlah tangkapan melebihi 1,000 orang, tetapi itu bukan bermakna gejala rasuah di Malaysia semakin teruk, sebaliknya rakyat semakin banyak beri sokongan kepada SPRM dalam usaha membanteras rasuah.

    SUNGAI PETANI 5 Julai – Dua anggota polis yang menerima sijil penghargaan kerana menolak suapan, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta rasuah seba­nyak RM10,000 daripada ah long, April lalu.

    DUA anggota polis berpangkat koperal yang pernah menerima sijil

    SUNGAI PETANI 5 Julai – Dua anggota polis yang menerima sijil penghargaan kerana menolak suapan, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta rasuah seba­nyak RM10,000 daripada ah long, April lalu.
    Kedua-dua anggota berpangkat koperal yang berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu ini.
    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin di Mahkamah Majistret di sini.
    Suspek yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
    Suspek ditahan di pejabat SPRM pada kira-kira pukul 2 petang semalam selepas mendapat laporan daripada pengadu yang menjalankan kegiatan peminjaman wang.
    Wang rasuah RM10,000 itu dikatakan diminta sebagai habuan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pengadu terbabit.
    Akhbar pada hujung Mei lalu melaporkan dua anggota polis dari IPD Kuala Muda menerima sijil penghargaan atas tindakan menolak wang rasuah daripada dua lelaki yang membawa pos­ter pinjaman wang ceti haram.
    Dilaporkan kedua-duanya menolak wang rasuah RM1,290 yang ditawarkan selepas menahan ceti haram tersebut ketika melakukan rondaan harian di sekitar pusat beli belah terkenal di Bandar Amanjaya, di sini pada 11 April lalu.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video-2-anggota-polis-penerima-sijil-direman-1.499577#ixzz4m2RVK5zX
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    KHAMIS, 6 JULAI 2017 @ 3:22 PM Maritim Malaysia antara terbaik tangani rasuah Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my




    KHAMIS, 6 JULAI 2017 @ 3:22 PM 
    Maritim Malaysia antara terbaik tangani rasuah Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my 


    PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjadi antara pasukan beruniform kerajaan terbaik dalam tindakan menangani salah guna kuasa dan membanteras amalan rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Jamidin Abdullah, berkata penilaian itu berdasarkan aduan dan penolakan sogokan yang dilaporkan pegawainya kepada SPRM. Katanya, jumlah kes yang tinggi membabitkan amalan rasuah dilaporkan pegawai Maritim Malaysia itu menunjukkan ketegasan mereka dalam memerangi isu rasuah dan mengekang ketirisan hasil negara. "SPRM mendapati ada beberapa pegawai Maritim Malaysia yang sama kerap tampil membuat laporan berkaitan rasuah yang ditawarkan kepada mereka. "Justeru, mereka ini layak menerima anugerah atas integriti yang ditunjukkan ketika menjalankan tugas," katanya pada sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Maritim Malaysia, di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Zulkifli Abu Bakar; Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Datuk Taha Ibrahim. Pada majlis itu, lebih 4,000 pegawai dan anggota Maritim Malaysia dari seluruh negara menyahut seruan dengan mengambil inisiatif menandatangani IBR yang diadakan secara kerjasama dengan SPRM. Sehingga kini, sebanyak 193 agensi sudah menandatangani IBR termasuk 15 kementerian; jabatan kerajaan (57); kerajaan negeri (63); badan berkanun (24); institusi pengajian tinggi swasta (6) dan 20 badan bukan kerajaan (NGO). Jamidin berkata, sebagai sebuah agensi penguatkuasa, Maritim Malaysia perlu diperkasa dan diperkukuhkan supaya sentiasa bebas rasuah bagi mengelak dipandang negatif oleh negara luar. Tambah beliau, antara kegiatan rasuah terbaharu yang dilaporkan adalah oleh pegawai Maritim Malaysia bertugas atas kapal peronda pesisir pantai (OPV), KM Pekan, yang menolak sogokan berbentuk wang tunai. Katanya, amalan rasuah itu sering dilakukan oleh kumpulan nelayan yang tidak mempunyai lesen selain penyeludup barangan yang menawarkan ganjaran lumayan dalam bentuk wang tunai. "SPRM berharap semua anggota beruniform kerajaan menunjukkan integriti yang tinggi dan jangan hanya menolak sogokkan yang kecil tetapi menerima apabila ditawarkan habuan besar. "Perbuatan jenayah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia tidak hanya mencalarkan imej sesebuah pasukan penguatkuasa, sebaliknya turut mengancam keselamatan negara," katanya.


    Monday, July 3, 2017

    Rasuah dan air mata

    Air mata seorang isteri dan anak-anak disebabkan rasuah yang dilakukan oleh suami adalah suatu penyesalan yang tidak dapat di tebus kembali pada bila-bila masa.

    Suami mungkin merasakan bahawa kemewahan adalah perkara utama yang perlu beliau berikan kepada keluarga sehingga sanggup melakukan perkara-perkara jijik seperti rasuah. Sedangkan pada hakikatnya isteri hanya mahukan kesederhanaan dan kasih sayang yang paling ikhlas daripada suaminya.

    Namun begitu didikan suamilah sebenarnya yang mengajar seseorang isteri menjadi mata duitan.. suamilah yang menjadikan isteri pisau cukur sehinggakan harta yang ada tidak mencukupi.

    Salah siapa? suami atau isteri..

    Punca berlakunya rasuah..

    1. Didikan agama yang longgar
    2. Terlalu mementingkan darjat dan kemewahan sehingga sanggup membanding-bandingkan dengan orang lain.
    3. Didikan suami kepada keluarga yang mengajar kemewahan sebagai asas kepada kebahgiaan
    4. Terlalu pentingkan diri sendiri.
    5. Bangga dengan pangkat yang tinggi sehingga sanggup menyalah guna kuasa demi kepentingan sendiri.
    6. Anggap syarikat/agensi sebagai milik peribadi dan menguruskan sesuka hati.

    SARJAN DIJATUHI HUKUMAN PENJARA DUA TAHUN

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM20,000 terhadap Sarjan Muhamad Sofri Talib yang didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan.

    Hakim Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Muhamad Sofri , 38, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen pada 2016.




    JIJIK RASUAH

    Rasuah adalah jijik, tapi bagaimana kita hendak mendidik generasi akan datang benci dan jijik dengan rasuah?


    Image may contain: 1 person, text and food

    Sunday, July 2, 2017

    SPRM SIASAT KES KEHILANGAN RADAR TENTERA BERTEKNOLGI TINGGI



    Dalam kenyataan media SPRM hari ini, menyatakan bahawa Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dari Pelabuhan Pelepas, Johor baru-baru ini..


    Image may contain: text

    APA ITU IKRAR BEBAS RASUAH OLEH SPRM

    Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

    Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh para kepimpinan dan warganya dalam menandatangani Ikrar Bebas Rasuah ini juga, turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata, tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya di kalangan warga yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

      
    Pelaksanaan IBR
    1. Ikrar oleh individu
    2. Disaksikan oleh SPRM
    3. Lafaz ikrar agar tidak sesekali terlibat dengan perbuatan rasuah
    4. Dokumen ikrar ditandatangan
    Signifikan Perlaksanaan IBR 1. Menjadi amaran dan peringatan kepada individu agar menjauhi rasuah:
    2. Jaminan pimpinan organisasi kepada warganya, pemegang taruh dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah:
    3. Penzahiran aku janji kepada komitmen individu dalam pembanterasan rasuah:
    4. Sebagai bukti bahawa organisasi telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah.

    HADIAH DAN RASUAH

    Bagi menjawab semua pertanyaan mengenai hadiah dan kemusykilan yang timbul daripada mana- mana pihak dan orang perseorangan yang berhadapan dengan isu pemberian dan penerimaan hadiah sama ada boleh diterima atau tidak dan sama ada menjadi satu kesalahan rasuah ataupun tidak. 

    Nasihat dan pandangan berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1998, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2008, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, peruntukan- peruntukan tertentu di bawah akta kerajaan negeri, agensi kerajaan dan peraturan- peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah agensi awam dan swasta yang berkenaan. 

    Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan Pusat Informasi Hadiah melalui email hadiah@sprm.gov.my.

    STATISTIK TANGKAPAN RASUAH SEHINGGA APRIL 2017

    Image may contain: one or more people

    SPRM PANTAU PENJAWAT AWAM KAYA RAYA

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Azam Baki berkata, SPRM kini memantau secara agresif terhadap penjawat awam yang kaya-raya melebihi pendapatan.

    Jelas beliau, ada segelintir masyarakat mempersoalkan tindakan agresif SPRM yang mana kenapa baru sekarang SPRM bertindak agresif dengan menangkap serta menyiasat kes rasuah berprofil tinggi membabitkan penjawat awam sedangkan sebelum ini tiada tindakan diambil.

    Katanya, sekarang masa paling sesuai untuk SPRM mengambil segala langkah produktif bagi memastikan perkhidmatan awam di negara ini bersih daripada gejala rasuah dalam tempoh tiga tahun.
    Tambahnya, SPRM mahu memastikan perolehan membabitkan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat tanpa salah guna kuasa dan rasuah.

    Katanya lagi, bagi memastikan matlamat itu tercapai, SPRM memberikan penekanan kepada pendekatan mengguna pakai segala kemampuan dan kuasa penguatkuasaan yang tersedia dalam ruang lingkup undang-undang sepenuhnya.


    Image may contain: 1 person

    ZAHIR KEMBALI KE SPRM UNTUK HARI KEDUA, SHAHRIR HADIR MEMBANTU SIASATAN KES 1MDB

    Datuk Seri Zahir dilihat memasuki perkarangan lobi SPRM bagi menyambung rakaman percakapan berkaitan 1MDB pada hari ini. Hari ini adala...