RABU, 12 JULAI 2017 @ 1:36 PM
Subahat dengan isteri raih projek di pusat pertanian Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@bh.com.my
TERTUDUH (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban oleh SPRM untuk mendapatkan perintah reman. - Foto Hazreen Mohamad SEREMBAN: Seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini, kerana dipercayai bersubahat dengan isterinya untuk mendapatkan projek penyelenggaraan bernilai RM30,000 di sebuah pusat pertanian di sini. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Rahimah Rahim, membenarkan permohonan reman dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terhadap lelaki berusia 31 tahun itu bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen Akta SPRM 2009. Lelaki itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM di sini, bagi memberi keterangan jam 4.13 petang semalam. Suspek disyaki bersubahat dengan isterinya untuk mendapatkan projek menyelenggara sistem pengairan bernilai RM10,100 dan menyelenggara nurseri bernilai RM19,900 di pusat pertanian itu. Isterinya yang bekerja sebagai penolong pegawai pertanian di pusat pertanian di Sendayan, ditahan oleh SPRM Jumaat lalu, bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa dengan melantik syarikat suaminya menyelenggara projek itu.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/301393
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ZAHIR KEMBALI KE SPRM UNTUK HARI KEDUA, SHAHRIR HADIR MEMBANTU SIASATAN KES 1MDB
Datuk Seri Zahir dilihat memasuki perkarangan lobi SPRM bagi menyambung rakaman percakapan berkaitan 1MDB pada hari ini. Hari ini adala...
-
Kenapa SPRM tiada kuasa mendakwa, kerana Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada peguam negara. ...
-
Peranan Sahabat GERAH SPRM : i) Menjadi agen SPRM untuk menyebarluas mesej anti rasuah kepada masyarakat ii) Menyumbang tenaga, masa...
-
Ramai rakyat Malaysia sebenarnya secara tidak langsung telah menjadi saksi kepada jenayah rasuah tetapi takut untuk melaporkan kepada SPRM...
No comments:
Post a Comment