Timbalan
Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Azam Baki berkata, SPRM kini
memantau secara agresif terhadap penjawat awam yang kaya-raya melebihi
pendapatan.
Jelas beliau, ada segelintir masyarakat mempersoalkan
tindakan agresif SPRM yang mana kenapa baru sekarang SPRM bertindak
agresif dengan menangkap serta menyiasat kes rasuah berprofil tinggi
membabitkan penjawat awam sedangkan sebelum ini tiada tindakan diambil.
Katanya, sekarang masa paling sesuai untuk SPRM mengambil
segala langkah produktif bagi memastikan perkhidmatan awam di negara
ini bersih daripada gejala rasuah dalam tempoh tiga tahun.
Tambahnya, SPRM mahu memastikan perolehan membabitkan agensi kerajaan
atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat tanpa salah guna kuasa dan
rasuah.
Katanya lagi, bagi memastikan matlamat itu tercapai,
SPRM memberikan penekanan kepada pendekatan mengguna pakai segala
kemampuan dan kuasa penguatkuasaan yang tersedia dalam ruang lingkup
undang-undang sepenuhnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ZAHIR KEMBALI KE SPRM UNTUK HARI KEDUA, SHAHRIR HADIR MEMBANTU SIASATAN KES 1MDB
Datuk Seri Zahir dilihat memasuki perkarangan lobi SPRM bagi menyambung rakaman percakapan berkaitan 1MDB pada hari ini. Hari ini adala...
-
Kenapa SPRM tiada kuasa mendakwa, kerana Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada peguam negara. ...
-
Peranan Sahabat GERAH SPRM : i) Menjadi agen SPRM untuk menyebarluas mesej anti rasuah kepada masyarakat ii) Menyumbang tenaga, masa...
-
Ramai rakyat Malaysia sebenarnya secara tidak langsung telah menjadi saksi kepada jenayah rasuah tetapi takut untuk melaporkan kepada SPRM...
No comments:
Post a Comment